Lynn Dayana : Laman Seni Rasa Cinta



lynndayana
November 21st
Female
Malaysia
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Lynn Dayana Berbintang Scorpio. Minat menonton House, CSI dan Greys Anatomy! Meminati tulisan Nora Roberts, Danielle Steele, Jodi Picoult, John Grisham & Dan Brown.

" Suka ketawa, suka buat lawak walau diselang seli dgn airmata!"

Salam perkenalan buat semua kawan-kawan yang sudah dikenali, baru dikenali dan akan dikenali!
LIVESTRONG!
RUANG RINDU
Kau datang dan pergi begitu saja Semua kuterima apa adanya Mata terpejam dan hati menggumam Di ruang rindu kita bertemu

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, July 12, 2007
Tukar Rumah

Salam ceria,

Saya berpindah ke rumah baru lynn-dayana.blogspot.com

Jumpa di sana! Jemputlah datang ya, kawan2, sahabat!

 


Posted at 12:47 pm by lynndayana
Make a comment  

Friday, July 06, 2007
Bila Larut Malam

Salam,

Jam dah pukul 12, tutup lampu. Baca ayat Kursi. Baca bismillahirahman 21 kali. Mata ditutupkan. Huh... susahnya nak tidur! Teringat yang itu, teringat yang ini! Banyaknya bayang yang melintas! Akhirnya tertidur.

Jam dua setengah, alamak terbangun! Fikir lama dah tidur tapi rupanya alahai... tak sampai dua jam setengah. Pusing kanan pula. Emm... tak selesa. Pusing kiri... panas! Akhirnya turun ke lantai.

Paksa mata untuk tidur. Tidur! Tidur! Kalau kira kambing, mesti sampai keturunan yang ke 4 ribu pun tak tentu boleh tidur.

Jam 4.25 pagi... huargh.... huhu... sedar lagi! Aduhai hati, kenapa terus gelisah? Inikah yang dikatakan, tidur tak kenyang, makan tak lena. Ops... tersalah pulak!

Hingga bertemu lagi!


Posted at 09:03 am by lynndayana
Make a comment  

Wednesday, June 27, 2007
SAYA SUDAH BERKAHWIN, JADI...

Salam...

Itulah ungkapan yg biasa kita dengar. SAYA SUDAH BERKAHWIN, JADI....

a.   Kita berkawan sekadar mahu berkongsi cerita, sambil menikmati teh tarik atau air kopi.

b.   Jgn harap yg lebih dari saya, cuma berkawan. Tak salahkan? Asal sama2 tahu limitnya!

c.   Saya bukannya tak bahagia cuma bosan!

Dan yg menyedihkan, kerap kali ramai pula kaum Hawa yg terpedaya! Adakah kerana terlalu mengikutkan hati? Atau naluri perempuan yg lembut dan berlapikkan keinginan mahu disayangi menyebabkan mereka menaruh harapan kerana dalam Islam, tiada salahnya mahu beristeri dua! Hehe... Persoalannya mampukah?

Seorang kwn menyatakan, buka cawangan tidak salah! Saya menjawab, " Kalau cawangan BANK tak apalah... setakat cawangan dia... minta maaflah!

Materialistik? Tidak juga. Cuma, menjadi orang perempuan ni kenalah jaga diri sendiri. Bukan hanya untuk hari ini tetapi utk esok lusa dan tulat serta langkat. Yg kita anggap LANGIT BIRU atau PERSIS MUTIARA tu boleh jadi KELAM HITAM dan KACA yang menghiris jiwa! Haha...

" Love urself, u r the only one that can love yourself unconditionaly. Others won't!"

Go to fullsize image

 


Posted at 04:40 pm by lynndayana
Comments (6)  

Monday, June 18, 2007
Klik! ... atau Kimia?

Salam...

Saya ke JB selama dua hari( 14 & 15) atas tuntutan tugas. Esok malam, saya ke Kuching S'wak pula hingga 22 June. Juga kerana Berkhidmat Untuk Pizza Hut! Seronok? Tidak jugak kerana saya paling tidak suka menunggu! Bosan menunggu flight! Padahal, belum sempat menutup mata untuk lena, kapalterbang sudah sedia untuk mendarat. Lupakan saja kisah hidup saya yg tidak tentu arah. Mari kita bercerita tentang KLIK! ... atau KIMIA?

Hehe, selalu bila bercerita tentang hubungan, kita selalu mengatakan serasi kerana ada 'chemistry' - ada daya tarikan kimia. Kenapa bukan fizik ya? Kan graviti tu lebih kaitannya dengan fizik. Mungkin dikatakan kimia kerana dentuman kesan terbakarnya rasa yg membara. Haha, saya merapu ke?

Itu antara dua hati yang berlainan jantina, bagi hubungan antara kawan2 pula, kita lebih pada KLIK. Bila klik, semua aktiviti akan lebih menjadi. Outing lebih seronok, shopping lebih meriah, makan2 pun berselera walau yg dimakan berkongsi banyak garpu dan sudunya! Dan bila KLIK juga, kita boleh bercerita tntg apa2. Yang kena mengena dan ada juga yg langsung tidak kena mengena walau sehalus kuman pun!

Pernah dengar hubungan PLATONIK? Hubungan antara dua manusia yg berlainan jantina, rapat dan sayang tetapi bukan sampai CINTA! Saya tertanya2, benar wujudkah hubungan yg begitu? Tidak terusikkah hati bila selalu bersama? Bila terlalu memahami hingga tanpa kata2, cukup dgn kerdipan mata sudah terlafaz makna. Hehe, merapu lagikah saya?

Hah... hidup memang selalu begitu. Penuh dengan pertanyaan yg tidak semuanya mempunyai jawapan atau mungkin jawapan yg diberi tidak mengikut spesifikasi yg diinginkan!

Hingga berjumpa lagi!

 

 


Posted at 05:48 pm by lynndayana
Comments (6)  

Saturday, June 09, 2007
Jatuh Cinta Pandang Pertama

Wujudkah perasaan itu? Kata Shah Rukh Khan, Kuch kuch Hota Hai... something 'happen', dan perasaan itulah yang menyebabkan hidup kita tidak keruan.

Boleh ke suka seseorang secara tiba-tiba? Tanpa alasan, tanpa sebab... hati mendesak untuk mengenali dengan lebih rapat. Bibir pula selalu benar mahu menyebut namanya. Konsep makan tak kenyang, tidur tak lena mulalah berlaku! Pandang bumbung pun cukup... melihat senyuman saja boleh mencairkan jiwa raga.

Ah, memang enak saat dilamun cinta.

 


Posted at 09:37 am by lynndayana
Comments (8)  

Monday, May 28, 2007
Memanjakan Diri Meriangkan Hati

Go to fullsize image Petang Sabtu lepas saya memanjakan diri sendiri. Tak salah jika sesekali membuat begitu. Pergi mencuci rambut ( walaupun selepas cantik punya blow... saya pakai tudung semula), pergi juga membuat facial ( Satu setengah jam... sakitnya tapi seronoknya dibelai!)

Paginya, saya pergi service kereta... mak aiii major service... terbang duit ( tayar 2 botak, skru longgar, alignment, balancing dan entah apa2 yg sewaktu dgnnya)

Hari AHAD, pagi tu saya melepak di rumah. Kul 2 ptg, saya pergi menjemput Rose Harissa di rumahnya. Selamba aje dia bagi map, ' ko buat u-turn, ko nampak aku kat bus stop) Tapi dia lupa beritahu, itu u-turn haram! Hampeh betul...

Sampai Alamanda, kami bertemu dgn Rinn dan teman 'setidurannya' Yam ( menurut Yam, asal dr Ulu Yam, mknan kegemaran - pengat Yam, perkataan kegemaran- Yummy!) Haha... ampun!

Laila sampai lewat setengah jam kerana sakit perut... kasihan! Kami duduk lama juga di Pizza Hut, dlm keadaan riuh rendah ketawa! Kelakar juga, baru bertemu tapi dah 'click'.

Ini menu kami...

 Island Supreme! Yum! Yum!  Drinks... Utk gantikan air liur... kerana banyak bercakap!

Pizza Sambal yg pedaaaaaaas....'

Sedaaaaaaaap!

Kawan2, hingga jumpa lagi! Thanx for a wonderful Sunday!

p/s: Rose... aku memang suka handphone accesories... kan handphone aku cantik! Huahuahua!

 


Posted at 11:31 am by lynndayana
Comments (4)  

Wednesday, May 23, 2007
Sue - Daging Masak Cinta Membara

Inilah yang Sue hidangkan pada Sabtu yg lepas! Bersungguh-sungguh dia memasak!

Resepi:

1. Daging - bergantung pada berapa kenyang nak makan!

2. Lada kisar - ikut suka tahap kepedasan

3. Bwg merah, bwg putih and halia yg dikisar

4. Lobak merah dan green capsicum yang dipotong panjang ( 1 x 6cm)

5. Tomato - penting utk kelembutan kulit!

Cara memasak: Masaklah dgn penuh kasih sayang! Campurkan sedikit air asam, garam secukup rasa dan hidangkanlah bersama nasi panas!

Sue, Thank you for the nice dinner. Weekend depan, aku masak pulak ek! Lps tu kita g buat facial ek! Naik eye on Malaysia, jum!


Posted at 08:38 am by lynndayana
Comment (1)  

Sunday, May 20, 2007
Mandi Bunga

Kisah Mandi Bunga

Go to fullsize image

Agak-agaknya, berapa ramai yang pernah melakukannya? Sekali? Dua kali? Kenapa ya? Jawapan yg relevan tentulah kerana mahu mencari jodoh! Minggu lepas waktu berbincang menu untuk kenduri 40 hari abah, tiba-tiba Angah saya berkata, " lepas ni kutip 7 kuntum bunga." Laju saja mulut saya menjawab, " Nak gi kubur ke? Orang tengah cutilah. Angah pergilah."

" Angah nak ajak gi mandi bungalah!" Apa lagi, saya pun mula tergelak-gelak!

" Ya, jum kita pergi. Confirm dapat dalam seminggu. Biasanya calon dari org yg kau kenal jugak!" Serius Angah saya bercerita. Dalam fikiran saya mulalah membuat andaian, ' Mak ai, mamat manalah agaknya tu. Klu yg datang tu, hati x berkenan? Tak ke naya?'

Hasrat Angah tak kesampaian sbb makin dia cerita, makin saya pakat gelak! Sejujurnya, saya pernah mandi bunga di Cameron Highland dulu. Saya beli bunga rose ( kat sana kan murah) lepas tu saya tabur dalam bath tub, letak sikit aromatherapy oil. Harum subur di hati. Mandi Bunga jugak,kan? Hehe.


Posted at 04:56 pm by lynndayana
Make a comment  

Wednesday, May 16, 2007
Comel dan Nakal!

Inilah 3 anak kakak yg di Melaka!

Izzah Afina, Neesha Adlina dan Adila Sefia. 8 tahun, 6 tahun & 2 tahun!


Posted at 03:25 pm by lynndayana
Make a comment  

Monday, May 14, 2007
Pesta Buku dan kenangan...

Rose:   Gelak tawa masih menyeramkan di telinga

Lily Haslina   : Lain kali bershopping, jangan lupa ya! Ajak tau!

Zara Juita : Cool selalu!


Posted at 01:09 pm by lynndayana
Comments (2)  

Next Page