Lynn Dayana : Laman Seni Rasa Cinta



lynndayana
November 21st
Female
Malaysia
   

<< June 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

Lynn Dayana Berbintang Scorpio. Minat menonton House, CSI dan Greys Anatomy! Meminati tulisan Nora Roberts, Danielle Steele, Jodi Picoult, John Grisham & Dan Brown.

" Suka ketawa, suka buat lawak walau diselang seli dgn airmata!"

Salam perkenalan buat semua kawan-kawan yang sudah dikenali, baru dikenali dan akan dikenali!
LIVESTRONG!
RUANG RINDU
Kau datang dan pergi begitu saja Semua kuterima apa adanya Mata terpejam dan hati menggumam Di ruang rindu kita bertemu

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, June 18, 2007
Klik! ... atau Kimia?

Salam...

Saya ke JB selama dua hari( 14 & 15) atas tuntutan tugas. Esok malam, saya ke Kuching S'wak pula hingga 22 June. Juga kerana Berkhidmat Untuk Pizza Hut! Seronok? Tidak jugak kerana saya paling tidak suka menunggu! Bosan menunggu flight! Padahal, belum sempat menutup mata untuk lena, kapalterbang sudah sedia untuk mendarat. Lupakan saja kisah hidup saya yg tidak tentu arah. Mari kita bercerita tentang KLIK! ... atau KIMIA?

Hehe, selalu bila bercerita tentang hubungan, kita selalu mengatakan serasi kerana ada 'chemistry' - ada daya tarikan kimia. Kenapa bukan fizik ya? Kan graviti tu lebih kaitannya dengan fizik. Mungkin dikatakan kimia kerana dentuman kesan terbakarnya rasa yg membara. Haha, saya merapu ke?

Itu antara dua hati yang berlainan jantina, bagi hubungan antara kawan2 pula, kita lebih pada KLIK. Bila klik, semua aktiviti akan lebih menjadi. Outing lebih seronok, shopping lebih meriah, makan2 pun berselera walau yg dimakan berkongsi banyak garpu dan sudunya! Dan bila KLIK juga, kita boleh bercerita tntg apa2. Yang kena mengena dan ada juga yg langsung tidak kena mengena walau sehalus kuman pun!

Pernah dengar hubungan PLATONIK? Hubungan antara dua manusia yg berlainan jantina, rapat dan sayang tetapi bukan sampai CINTA! Saya tertanya2, benar wujudkah hubungan yg begitu? Tidak terusikkah hati bila selalu bersama? Bila terlalu memahami hingga tanpa kata2, cukup dgn kerdipan mata sudah terlafaz makna. Hehe, merapu lagikah saya?

Hah... hidup memang selalu begitu. Penuh dengan pertanyaan yg tidak semuanya mempunyai jawapan atau mungkin jawapan yg diberi tidak mengikut spesifikasi yg diinginkan!

Hingga berjumpa lagi!

 

 


Posted at 05:48 pm by lynndayana

lynn dayana
June 23, 2007   10:16 PM PDT
 
Apa la Rinn... tonik aje yg dia ingat!
Rinn
June 22, 2007   05:34 PM PDT
 
err platonik tu apa.. bunyi macam minuman akar kayu jer.. tonik
lynn dayana
June 19, 2007   12:34 PM PDT
 
Bukan tak caya, cuma ragu2. hehe! Tp aku rmi gak kwn sekerja yg x sama jantina tapi aku x terjatuh! Hehe... Rahsia hati ya, siapalh yg tahu. Heart is only organ that pump the blood! hehe... merapu lagi!
Rose Harissa
June 19, 2007   11:39 AM PDT
 
oit... kisah aku bukan dengan 'dia' je tau! hahahhaa... banyak skandal lain.. kuang kuang... boleh dipecah dan diangkat temanya, dijadikan beberapa novel... hehehee... kalo aku citer, mungkin ko akan caya pada cinta Platonik.. :P
lynn dayana
June 19, 2007   06:49 AM PDT
 
Klu la platonik yg ko sbt tu t'hdp 'org' tu... hehe... x platoniknya tu. Cuma x tersurat apa yg tersirat! T'lmbt... menyatakan, t'hilang ruang dan peluang! Huhu.... Ko kata aku mereng. Hieyah... aku kungfu telepati kat ko! Haha.
Rose Harissa
June 18, 2007   07:26 PM PDT
 
oii... cinta Platonik memang wujud... dan aku pernah merasanya... huahhuahahaa....
ko memang suker merapu bila otak ko mereng... hahahah selamat terbang wehhh... lepas tu aku cari ko amik CD :P
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry