|
 |
|
Thursday, May 10, 2007
Salam ceria!
Demam Pesta Buku nampaknya masih belum surut ya. hampir kesemua blog masih lagi PANAS menceritakan keghairahan Pesta Buku yg datang setahun sekali!
Ucapan Terima Kasih pada warga Alaf, yg banyak membantu dan tak lupa pada novelis yg banyak membuat hiruk pikuk! Hehe... tak sangka Kak LilyHaslina begitu 'rock'... Lily Yong yg dasar 30 dan Aleya yg tangan kuat mencubit bila di usik. Tak lupa jugak dan boleh jadi mimpi ngeri dengar ketawa Rose yg merupakan pelakon sambilan drama SUSUK! hahaha... Pada Laila yg control ayu...ahaks... kejap je! Kejap lagi... kehkehkeh. Of coz, Kak Meen yg mean! Zara yg cool je! Pada UMI, mana buah pala...
Pd peminat JBC yg datang bertandang, terima kasih daun keladi...! Kenangan PB 2007 akan disimpan kekal dlm kotak ingatan!
Kwn2, kalau boleh janganlah tunggu setahun baru nak jumpa! Kita gebang ya!
Sabah, negeri di bawah bayu! Kat sinilah... 4 hari berkelana dari 6 may hingga 9 may. Tak sempat jalan sangat tapi best gila borong mutiara! Sesuai utk yg hendak merelease tension! Kat sini, slow and easy!
Kat sinilah bersemayam 4 hari! Kira glamourlah hotel ni kat KK. Hehe.
Posted at 01:16 pm by lynndayana
Permalink
Friday, May 04, 2007
Jika Benar Cinta, edisi cetakan ke2 sudah boleh didapati di pasaran! Bagi yg mencari... HARAP2 jumpalah ya! Bagi yg membeli sewaktu PESTA BUKU... berilah komen jika sudi. Komen dan kritikan anda penting utk santapan minda saya!
Posted at 03:26 pm by lynndayana
Permalink
Aduhai... LETIHnya bila boss membebel!
Antara cadangan yg boleh dilakukan:
1. Dia membebel, aku tetap maintain nyanyi dalam hati. Mulut aku masih berkata,YA wlu lirik nyanyian aku dah tahap kronik!
2. Aku anggap boss aku yg menyanyi, cuma siaran dia ni aku takde kuasa nak alihkan channelnya.
3. Aku anggap, dia gaduh dgn bini dia. Sbb tu dia lepaskan marah pada aku.
4. Aku pindahkan diri aku ke alam yang lain. Kumat kamit mulutnya aku anggap 'sign language' yg aku x faham. haha, x faham so xde kesan. Yieha!
5. Aku diamkan aje hingga marahnya selesai... lama2 senyaplah dia... paling tidak, dia akan haus dan pergi mencari air lalu buka ruang utk isi kapas ke dlm telinga!
6. Ni dah tahap x leh tolong... kang aku tampar baru tau! Hehe... pastu xde kerja? Alahai sape lak nak bayar keta aku, sape nak bg duit kat mak, alahai JAWABnya... balik pd pilihan yg 1.
Posted at 03:14 pm by lynndayana
Permalink
Friday, April 27, 2007
Gegak Gempita Pesta Buku 2007
Salam Ceria!
Hari ni mulanya Pesta Buku! Yahoo, boleh memborong buku2 dgn tawaran harga yang menarik! Alaf21 pun dah sewa dewan besar yang lbh selesa. Harap2 taklah sesak mcm last year... hmpir nak pengsan berdiri waktu mahu keluar! Mcm2 bau ada! Hilang semua perfume yang disembur kononnya biar harum!
Buat peminat novel yang ingin memiliki Jika Benar Cinta, berSABAR ya! Buku cetakan yang pertama sudah habis di pasaran. Sudah tiada di gudang! 
Sekarang Alaf21 sedang berhempas pulas cuba memastikan sempat dicetak untuk Pesta Buku... walau mungkin hanya ada pada penghujung Sabtu yang akan datang!
Doa sngt2 supaya sempatlah dicetak! Teringin nak pengalaman bertemu dengan peminat dunia novel! Wpun takut juga jika tiada peminat yg sudi datang meminta tandatangan! Sebenarnya, nak dapatkan maklumbalas. Ok ke tak novel? Menepati citarasa ke?
Buat semua pengunjung, hati2 semasa membeli belah di Pesta Buku tu nanti. Takut ada yg terhilang anak, terlepas pandang suami @ isteri atau mungkin juga terjatuh hati! Ahaks!
Semoga Berjumpa Di Sana! InsyaALLAH.
Posted at 12:17 pm by lynndayana
Permalink
Friday, April 20, 2007
Lagu Yg Menghiasi Hidup Buat Masa Ni
Posted at 08:26 am by lynndayana
Permalink
Thursday, April 19, 2007
Salam,
Dalam hidup kita mesti jujur. Menipu diri sendiri pun tak jujur. Walaupun puas cuba memujuk hati, nak tak nak kebenaran datang juga walau tak bersambut, walau kita cuba buat2 tak pandang.
Tak jujur pada orang lain, lagilah teruk. Tapi bila menipu ni sebenarnya kita ada conscience yg at the end of the day... keep on haunting us. Knocking on the door!
Ada masanya, kejujuran itu perlukan keberanian. You need to be strong, to face the consequences. Takut tapi kena buat berani. Tak kena tempuh hari ni, esok pulak kebenaran akan datang. Tanpa temujanji! Tanpa ada petanda!
Lagu Radja, " Jujurlah padaku, bila kau tak lagi suka, Tinggalkanlah aku, bila kau tak lagi cinta." It's hurting! It's painfull but at least you are not cheating yourself with hopeless HOPES!
All LOVES is sweet : given or returned!
Posted at 01:10 pm by lynndayana
Permalink
Tuesday, April 10, 2007
Salam buat semua,
Saya nak ucapkan terima kasih yg tidak terhingga pada semua yang memberikan ucapan takziah. Terima kasih juga pada yang sudi menyedekahkan surah Al Fatihah buat abah. Allahyarham Mohammad bin Sa'at.
Hari Ahad lepas, dlm perjalanan pulang ke KL, saya berbual panjang selama sejam dengan Violet. Kami sama-sama kehilangan seorang lelaki yang kami sayang dan junjung kasihnya seumur hidup kami. Kami bercerita bahawa, ayah kami seakan tetap 'ada' dalam hidup kami. Tidak hilang, tidak akan luput dari ingatan.
Sekali lagi, TERIMA KASIH. thank you for all who cares, for sharing concerns and their loves!
Posted at 07:47 am by lynndayana
Permalink
Friday, March 23, 2007
Salam ceria,
Terima kasih pada semua yang memberikan semangat saat2 saya dalam kalut. Kehilangan: satu proses yg amat payah hendak diterima. Hilang kawan, hilang kekasih, hilang saudara, hilang arah tujuan... bila adanya perkataan HILANG ianya membawa maksud sesuatu yg tidak dipunyai lagi. Mungkin kerana ianya bukan HAK untuk dimiliki. Hanya pinjaman! Alhamdulillah, abah semakin sembuh.
" Ada harinya, HIDUP aku bagaikan sehelai kertas yang kosong. Tanpa warna, tiada apa untuk dicerita. Dan kerap juga, permukaan kertasnya yang kasar, menggambarkan hidupku yang berliku, tidak menyenangkan malah jauh dari rasa selesa"
Posted at 10:27 am by lynndayana
Permalink
Monday, March 12, 2007

Isnin datang lagi... Bagi saya yg terpaksa bekerja weekend lepas... hari ini adalah sambungan utk minggu yg panjang! Namun, terbaca pula emel dari rakan, " All through your entire life, you'll be the only one that never leave!" Rakan, kekasih, keluarga semuanya akan pergi juga meninggalkan kita.
So, bergembiralah! Pujuklah hati sendiri. Teruslah meniti laluan hidup yang tidak tentu arahnya. Soal bahagia atau tidak, sendiri yg menentukan.
Posted at 04:28 pm by lynndayana
Permalink
Friday, March 09, 2007
Salam ceria,
Maaf, lama tak bertandang ke Laman Seni Rasa Cinta. Terpaksa ke JB atas tuntutan tugas. Teringin pula nak sentuh tentang cerita keluarga. Awal bulan hari tu, saya balik ke kampung. Macam mana sibuk pun, saya mencuba untuk pulang sebulan sekurang-kurangnya sekali. Menjengah emak dan abah. Bersuamuka dengan adik beradik yang selalunya berjanji utk pulang pada tarikh yg sama.
Abah saya sudah berusia 85 tahun. Last 31 Dec dia menyambut tarikh lahirnya yg ke 85. Entah apa mimpi, emak menelefon dan memberitahu yg abah teringin nak potong kek. Kebetulan pula Hari Raya Korban pd tarikh yg sama, jadi saya ambil kesempatan utk berkumpul seluruh ahli keluarga.
Pagi 31 Dec, selepas siap menyediakan juadah hari raya, selepas menyaksikan lembu bahagian saya dikorbankan, saya berkejar ke Secret Recipe. Kelakarnya bila pekerja di situ bertanya jumlah lilin yang saya nak. Saya menjawab," 2, 3 batang cukuplah, dik! Kalau 85 btg, semput abah saya nak tiup."

Tengahari itu, kami berkumpul beramai2. Gembira melihat kegembiraan abah dikelilingi anak menantu, cucu dan cicit. Seumur hidup abah itulah kali pertama memotong kek untuk hari lahirnya! Chocolate Indulgence lagi!
Kelmarin sewaktu berbual dgn emak, sempat saya bertanya, " berapa ringgit abah dapat ya dlm sehari?" Abah saya bekerja sebagai penarik beca, dan bila emak menjawab dalam 7, 8 ringgit. Saya jadi terkedu. Sekarang ini, sekali makan pun 7, 8 ringgit sudah melayang! Bayangkan susahnya abah menanggung kami 8 beradik. Menyekolahkan kami. Menyediakan makan pakai kami. Teringat sewaktu abah terpaksa turun dari beca dan menolak beca bila tiba kawasan bukit. Panas hujan abah redah saja untuk menyara kami.
Ironinya, mampukah kami anak2nya menjadi sekuat abah? Lain kali saya akan ceritakan kisah emak pula! Sampai jumpa lagi. Ingat: Hormatilah org tua kita kerana jasa mereka pada kita, tak terbayar walau dengan emas atau permata!
Posted at 11:19 am by lynndayana
Permalink
|
|
|