|
Kisah Mandi Bunga Agak-agaknya, berapa ramai yang pernah melakukannya? Sekali? Dua kali? Kenapa ya? Jawapan yg relevan tentulah kerana mahu mencari jodoh! Minggu lepas waktu berbincang menu untuk kenduri 40 hari abah, tiba-tiba Angah saya berkata, " lepas ni kutip 7 kuntum bunga." Laju saja mulut saya menjawab, " Nak gi kubur ke? Orang tengah cutilah. Angah pergilah." " Angah nak ajak gi mandi bungalah!" Apa lagi, saya pun mula tergelak-gelak! " Ya, jum kita pergi. Confirm dapat dalam seminggu. Biasanya calon dari org yg kau kenal jugak!" Serius Angah saya bercerita. Dalam fikiran saya mulalah membuat andaian, ' Mak ai, mamat manalah agaknya tu. Klu yg datang tu, hati x berkenan? Tak ke naya?' Hasrat Angah tak kesampaian sbb makin dia cerita, makin saya pakat gelak! Sejujurnya, saya pernah mandi bunga di Cameron Highland dulu. Saya beli bunga rose ( kat sana kan murah) lepas tu saya tabur dalam bath tub, letak sikit aromatherapy oil. Harum subur di hati. Mandi Bunga jugak,kan? Hehe. |
| Leave a Comment: |